Thursday, March 19, 2015

SABUN ZAITUN NUR



Harga : RM 30 / pcs

Kebaikan Sabun Minyak Zaitun Al-Ghar ( 24 Dalam 1 )    
di formulasi dengan: Minyak Ghar & Minyak Attar

Untuk Kulit dan badan  :
  • menghilangkan jerawat biasa dan yang bernanah
  • Mengatasi masalah kulit kering dan kulit sensitif
  • Membantu menganjal, menegang, menghalus, melembut dan melambatkan proses penuaan
  • Anti Bakteria dan Anti-fungal (kulat)
  • Menghilangkan rekahan selepas bersalin
  • Membantu kulit melawan kesan radikal bebas
  • Melambatkan proses penghapusan kolagen asli dalam lapisan kulit
  • Membantu pertumbuhan sel kulit
  • Melegakan pening dan sakit kepala
  • Melancar peredaran darah apabila sabun digosok dan diurut pada anggota badan
  • Menghilangkan bau badan dan dapat menggantikan deodorant
  • Merawat tumit merekah dan mengecutkan bisul.
  • Mengubati penyakit kulit seperti ekzema, psoriasis, kurap, gatal-gatal celah kelengkang, ruam, kulat air, kudis dan sebagainya lagi.
  • Menyembuhkan luka-luka ringan di badan dan kulit kepala.
  • Mengubati Demam Campak dan demam panas
  • Sesuai digunakan ketika bercukur.
  • Menanggalkan kutil2 dan isi lebih di muka dan badan.
  •  mengurangkan noda-noda hitam dan sel mati pada keliling leher, celah ketiak dan bikini line.
  •  Sangat sesuai digunakan untuk bayi, kanak-kanak,ibu lepas bersalin dan warga emas.

Untuk Rambut dan kulit kepala :
  • mengekalkan keseimbangan minyak pada kulit kepala
  • menghilangkan kelemumur
  • melembutkan rambut dan menyihatkannnya
  • melambatkan pertumbuhan uban

  KEISTIMEWAAN SABUN AL-GHAR
  • 100 %  Natural produk yang hanya diperbuat dari minyak zaitun dan minyak Al-Ghar
  • Tidak mengandungi  bahan kimia yang merengsakan kulit anda
  • Tiada pewarna, wangian dan haruman kimia dan bahan-bahan yang diubahsuai secara genetik.
  • Peratusan vitamin E yang tinggi  dan polyphenole   yang merupakan anti-oksidan  yang boleh membantu melambatkan proses penuaan.
  • Tidak mengandungi lemak haiwan.
  • Anti-Bakteria dan Anti-fungal.
  • Sebagai bahan  pembersihan, antiseptik  dan ubat jerawat 


Al-Ghar  
(Inggeris: Laurus nobilis) 
**sebatang pohon yang berdaun hijau selama-lamanya dan mempunyai ketinggian  sepuluh meter.  

**Pokok Al-Ghar pada  zaman kerajaan Rom dan Greek purba dianggap sebagai tanaman suci dan daunnya dipakai oleh  para atlet dan pahlawan sebagai mahkota  dan  dianggap sebagai dewa ubat tanaman dan minyak ajaib. 

 **Sejarah membuktikan bahawa perempuan yang terkenal seperti  Cleopatra dan Ratu Zhenobia menggunakan sabun minyak Al-Ghar  untuk menjaga kesihatan dan kesegaran kulit  dan rambut mereka.  

**Daun ini juga akan mengeluarkan haruman yang wangi ketika digunakan dalam masakan. Minyak Al-ghar juga digunakan dalam perubatan bagi membantu pencernaan dan penghadaman serta mengubati penyakit radang sendi. 


Mengapa sabun minyak zaitun baik untuk  anda ? 
**minyak zaitun dapat mengurangkan kolesterol  jika digunakan dalam masakan. 
adakah kita tahu bahawa minyak zaitun juga baik untuk kulit ? 
**Minyak zaitun adalah asid lemak tak tepu yang mengandungi Linolenic, alfa-linolenat, dan asid oleik. 
**membantu tubuh menghasilkan  prostaglandin  bagi  melembabkan kulit .  **Minyak zaitun juga  mengandungi peratusan Vitamin E yang tinggi dan polyphenole, yang merupakan anti-oksidan  yang boleh membantu melambatkan proses penuaan .
 **Ia juga mengandungi antioksidan untuk melawan degenerasi sel  di mana  Hydroxytyrosol  adalah antioksidan yang sangat kuat dan hanya ditemui dalam minyak zaitun sahaja. 
**Sabun Minyak zaitun juga mengandungi Squalene dan squalane. Squalene secara semulajadi dihasilkan oleh kelenjar sebum pada kulit. 
**Squalane dan  Squalene  bekerja sama untuk membantu mencegah  kulit dari berminyak yang terhasil  daripada pengoksidaan yang boleh menyebabkan kerosakan sel kulit. 
**Manakala  Hydroxytyrosol  di dalam sabun  minyak zaitun merupakan anti-peradangan di mana kajian menunjukkan ia sangat  baik untuk mengubati  kulit melecet, ruam dan terbakar akibat sinar matahari. 


Firman Allah S.W.T dalam Al- Quran yang   bermaksud :-
" Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tebus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang di nyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat (nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak di sentuh api. Cahaya di atas cahaya pada cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Surah  AN NUUR : 35

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :-
                    " Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sungguhnya 
                                         dia adalah daripada pokok yang di berkati. " 
                                                   - Terjemahan Sunan At-Tirmidzi.



** BERKENAAN SABUN AL-GHAR

Sabun Al-Ghar iaitu Dua kombinasi hebat yang terhasil dari  minyak zaitun dan Minyak Al-Ghar . Sabun Organik ini  telah dihasilkan berkurun lamanya  di Timur Tengah dan masih digunakan dalam Hammams (bathhouses tradisional) hingga ke hari ini.

Bahkan Sabun Minyak  Zaitun dan  Sabun Minyak Al-Ghar  daripada Syria ini telah diiktiraf menjadi sabun yang pertama  diperkenalkan ke Eropah melalui jalur perdagangan.  Sabun minyak zaitun dan Sabun Minyak Al-Ghar ini telah bertahan berkurun lamanya  tanpa perubahan tekstur fizikal dan tiada campuran bahan kimia serta masih dihasilkan dengan cara  kaedah tradisional. Pembuatan sabun tanpa pengawet ini membuatkan kulit anda jauh daripada bahan kimia yang merbahaya.  Selepas beberapa minggu menggunakan sabun ini,  kulit anda akan terasa lebih lembut , lembap dan anjal.
Sabun ini juga  telah terbukti  keberkesannya  menyembuhkan penyakit  ekzema dan psoriasis serta membantu untuk meringankan kegatalan pada kulit..  Ia juga sangat sesuai digunakan pada bayi dan kanak-kanak.
Pernahkah kita terfikir yang sabun mandi kita gunakan setiap hari itu mengandungi bahan kimia yang merbahaya kepada kesihatan?  Atau adakah bahan lemak yang digunakan dalam pembuatan sabun itu diperbuat dari lemak tumbuhan atau binatang?
Untuk pengetahuan semua, sabun-sabun yang dijual di pasaran adalah dibuat di kilang-kilang yang memproses sabun dalam kuantiti yang banyak. Salah satu bahan asas pembuatan sabun adalah lemak yang akan dicampur dengan air alkali ( Sodium hidroksida ). Tindak balas dua bahan ini akan menghasilkan sabun yang juga mengandungi Glycerin. Memandangkan Glycerin mempunyai harga pasaran yang tinggi, pengusaha kilang-kilang besar ini akan mengeluarkan Glycerin yang terbentuk semasa pembuatan sabun ini dan menjualnya kepada pengusaha-pengusaha lain atau digunakan untuk pembuatan produk-produk lain. Campuran bahan kimia yang murah seperti Sodium lauryl sulfate dicampurkan bagi menghasilkan sabun yang banyak buihnya tetapi mengeringkan dan merbahaya kepada kesihatan, begitu juga dengan lemak yang digunakan. Tentu kita boleh meneka lemak manakah yang murah harganya? Tentulah lemak binatang sebab lemak-lemak ini boleh diambil dari bangkai-bangkai binatang atau produk-produk binatang yang telah luput tarikhnya. Sabun Al-Ghar ini amat sesuai untuk kegunaan seisi keluarga, tiada kesan sampingan dan selamat digunakan untuk semua jenis kulit.